22 November, 2019

Tugas-Tugas Utama Ketua Panitia di sekolah ikut pekeliling

KETUA Panitia adalah individu yang dipilih untuk mengetuai Panitia Subjek. Tanggungjawab ini sangat murni kerana ia menunjukkan kepercayaan kepada seseorang untuk membangunkan subjek, prestasi akademik subjek dan juga guru-guru subjek terlibat.

Kebiasaannya, Ketua Panitia dipilih daripada kalangan guru yang paling kanan di sekolah (Rujuk SPI Bil. 4/1986).

Mari kita lihat secara umum tugas utama seorang Ketua Panitia.

1) Menyelaras urusan kepanitian
  • Menguruskan semua program-program panitia samada yang wajib mahupun tambahan. Termasuklah program-program ko-akademik.
  • Menguruskan dan menyelia semua fail-fail dan dokumen berkaitan.
  • Mengurus kewangan yang diperuntukkan untuk panitia serta menguruskan inventori barangan untuk subjek (Alat Bantu Mengajar, Bahan Bantu Mengajar dan Bahan Bantu Belajar)
2) Menguruskan mesyuarat panitia
  • Mempengerusikan mesyuarat panitia secara berkala.
  • Membincangkan sasaran untuk prestasi subjek.
  • Membuat analisis keputusan, post mortem dan merancang intervensi.
3) Membuat perancangan tahunan
  • Membuat perancangan strategik, operasi dan sebagainya.
  • Menguruskan penyediaan RPT.
  • Membuat takwim semakan buku latihan.
  • Membuat sasaran pencapaian.
  • Merancang program akademik.
4) Melaksanakan tugas PdPc dan menjadi 'role model'
  • Ketua Panitia mempamerkan amalan PdPc terbaik bagi guru-guru bimbingannya.
  • Mahir dalam SKPMg2 dan menjadi sumber rujuk bagi PdPc subjek.
5) Menguruskan jadual waktu
  • Peka dengan jadual waktu guru.
6) Pemantauan dan Pencerapan
  • Membuat pemantauan dan pencerapan terhadap guru-guru subjek.
  • Membuat penilaian.
  • Membina intervensi untuk guru.
7) Memperkasakan staff
  • Membuat analisis keperluan latihan guru (TNA dalam SPL KPM atau Google Form).
  • Melaksanakan latihan dan bimbingan dalam bentuk PLC.
  • Menilai program-program pembangunan guru.
  • Bertindak sebagai Coach yang meraikan bakat atau kelebihan guru dan membina ruang untuk guru cemerlang mengikut kapasitinya.
  • Bertindak sebagai Mentor yang memberi bimbingan berdasarkan pengalaman.
TIP
  1. Simpan semua maklumat guru dalam Google Keep agar mudah untuk diakses.
  2. Rujuk analisis keperluan latihan guru daripada SPLKPM.
  3. Buat jadual tugas PLC dimulakan dengan Teacher Sharing kerana bersifat lebih terbuka dan mudah.
  4. Menggunakan QR Code bagi memudahkan penyimpanan dan akses bahan-bahan RPT dan RPH. Lebih mudah jika menggunakan Zappar.
  5. Menyimpan semua gambar program dalam Google Photos.
Sumber: MudahMengajar


EmoticonEmoticon