30 Januari, 2020

Koronavirus: Belum sampai tahap perlu pakai topeng muka, kata pakar

Setakat ini tiada keperluan bagi rakyat Malaysia memakai topeng muka bagi mengelakkan virus Wuhan, kata Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Hospital Sungai Buloh Dr Benedict Sim.

Ini kerana belum ada penularan virus itu di kalangan rakyat Malaysia, katanya.

“Jadi itu sebabnya kami belum mengusulkan orang ramai mengamalkan rutin memakai topeng… (bagaimanapun) nasihat itu mungkin bertukar jika penularannya berubah.

“Jika tiba-tiba berubah kepada penularan dari manusia ke manusia bagi rakyat Malaysia, dan berlaku di kalangan masyarakat awam, saya fikir, ya, nasihat itu akan berubah,” katanya dalam taklimat media berkaitan virus itu di Putrajaya hari ini.

Setakat ini, kata Sim, rakyat Malaysia hanya dinasihatkan memakai topeng ketika melawat China.


EmoticonEmoticon