24 Februari, 2020

11 ahli Parlimen PKR umum keluar parti

SHAH ALAM - Seramai 11 ahli Parlimen mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.

Ahli Parlimen tersebut ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak), Zuraida Kamaruddin (Ampang), Datuk Saifuffin Abdullah (Indera Mahkota). Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat) dan Ali Biju (Seratok).

Selain itu, Willie Mogin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau) turut mengumumkan keluar PKR.


EmoticonEmoticon