10 Februari, 2020

AJL 2020: Persembahan Konsep Mudarat Diri Keterlaluan & Melanggar Peraturan

Persembahan Konsep Mudarat Diri Keterlaluan & Melanggar Peraturan

Sangat mengejutkan. Apakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga mendesak untuk melakukan persembahan yang berkonsepkan memudaratkan diri di pentas AJL tahun ini? Stesyen tv dan produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adegan sedemikian di media.

Mengikut pengacara, dalam persembahan tersebut, penyanyi yang berpakaian serba putih telah mencucuk dadanya sehingga cecair seperti darah membuak buak keluar membasahi pakaiannya. Skrin latar mempamerkan warna seperti darah pekat yang mengalir.

Ternyata persembahan seperti ini memberi mesej yang SALAH kepada audiens mengenai kekesalan kekecewaan dalam percintaan sehingga perlu digambarkan dengan adegan yang agak sadis sebegitu.

Persembahan seperti ini jelas telah melanggar Guidelines For Media Reporting on Suicide yang melarang sebarang bentuk adegan memcederakan diri atau memudaratkan diri dengan menunjukkan/menjelaskan cara dan kaedah untuk melakukannya.
Bagi individu yang memiliki masalah mental, adegan seperti ini boleh menyebabkan TRIGGER yang boleh menggangu pemikiran dan mungkin mendorong mereka melakukan perbuatan yang merbahaya juga.

Bagi memastikan perkara seperti ini TIDAK BERULANG kami ingin memohon masyarakat untuk membantu untuk membuat perlaporan kepada Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF).

http://cmcf.my/online-form-tv-radio-programmes

Cc
Malaysian Mental Care Association
@MIASA
LAMAN MINDA
@Medical Mythbusters Malaysia
Public Health Malaysia





EmoticonEmoticon