29 Februari, 2020

Dr M dedah senarai 114 ahli Parlimen sokong beliau

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad mendedahkan senarai 114 ahli Parlimen yang menyokongnya menjadi perdana menteri baru, menjelang istiadat pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8 esok.

Mahathir berkata, beliau sudah menyediakan sepucuk surat untuk menjelaskan kedudukannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya berharap Agong akan menerima surat dan penjelasan saya.”