03 Februari, 2020

Isu Sajad tunai umrah kini jadi perhatian pihak berkuasa di Mekah

BUKAN sahaja rakyat Malaysia, sebaliknya, isu jemaah lelaki yang berpakaian seperti wanita ketika mengerjakan umrah khabarnya mendapat perhatian pihak berkuasa di Makkah.

Perkara tersebut dikongsi oleh peserta Pencetus Ummah (PU), Amin yang kini berada di Tanah Suci.

Beliau berada di sana mengiringi jemaah sebagai mutawif.

Melalui perkongsian di laman Instagramnya, Amin memberitahu, dia telah ditegur oleh polis Arab Saudi dan bertanya sama ada dia mengetahui mengenai isu tersebut.

"Dia tanya hal yang sedang kecoh pasal lelaki berpakai pakaian perempuan itu dari Malaysia ke? Saya kata saya tak tahu cerita (buat buat tak tahu )," tulisnya di perkongsian yang di buat melalui laman instagram.

Menurut Amin atau nama sebenarnya, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, dalam perbualan dengan polis berkenaan, dia diingatkan agar jangan sesekali ada mana-mana pihak melakukan sebarang perkara yang melanggar undang-undang kerana ini merupakan tempat ibadah dan tempat suci.

Sekiranya ditangkap, jemaah dari Malaysia akan mempunyai masalah untuk menunaikan ibadah umrah.


EmoticonEmoticon