03 Februari, 2020

Jemaah Malaysia bakal hadapi kesukaran ke Mekah kerana Sajad?

Pencetus Ummah Rahmat melalui laman Instagram beliau menzahirkan rasa kebimbangan beliau dengan tindakan Sajad yang dikatakan “menceroboh” kawasan wanita dengan berpakaian seperti wanita di Tanah Suci Mekah ketika menunaikan umrah.

Beliau berkata, tindakan Sajad ini akan menyulitkan jemaah Malaysia untuk menunaikan umrah selepas ini.

Dua kebimbangan beliau adalah Kerajaan Arab Saudi berkemungkinan besar akan mengenakan syarat-syarat tambahan Visa kepada jemaah Malaysia. Berikut adalah petikan daripada Instagram beliau:


EmoticonEmoticon