25 Februari, 2020

Kamikaze Tun Mahathir Yang Luar Biasa

LAST SAMURAI NEVER DIE

Dalam mesyuarat sebelum ini, PKR, DAP dan PAN desak Madey beri tarikh peralihan kuasa.

Madey letak jawatan. Kabinet bubar. PKR, DAP dan PAN hilang kuasa. UMNO dan PAS berangan berkuasa. Wakil-wakil rakyat yang dipilih rakyat tidak lagi mewakili rakyat. Mereka berjual beli.

Anu arr pujuk Madey. DAP pujuk Madey. PAN pujuk Madey.

Madey jadi musuh semua pihak. Dalam masa sama semua pihak pujuk dan perlukan Madey untuk berkuasa. Akhirnya semua melutut kepada Madey.

Bila Madey letak jawatan PM, kabinet automatik terbubar. Bila Madey bawa keluar PPBM dari Pakatan Harapan bermakna PPBM sudah keluar dari gabungan PH. Tiada lagi rundingan dan perbincangan dalam kontrek setiakawan. Madey dan PPBM sudah jadi orang asing.

Anu arr sangat nak jadi PM. Azmin dijanji PM sanggup pecahkan PKR. UMNO dan PAS sanggup Ikut Madey berharap jadi kerajaan. 6 Jahanam sanggup jual belakang kerana berhajat dapat jawatan. Katak yang awal-awal lompat parti juga berhajat dapat sesuatu.

Itulah gambaran politik Malaysia. Politik kotor?. Apa-apalah namun wakil rakyat bukanlah hak rakyat. Madey faham semua Itu. Kerana itu Madey lakukan sesuatu yang diluar dugaan. Semua menganggap Madey dalam situasi lemah namun kekuatan dengan bilangan yang mereka sangka Itu mampu dipecahkan oleh Madey.

Last Samurai? Madeylah Last Samurai Itu. Yang berjuang tak takut mati. Kerana dia dah miliki segalanya dan tidak akan rugi apa-apa. Nothing to loose. Dia Kamikaze. Akhirnya Madey jadi paling berkuasa apabila semua terpaksa tunduk dan memberi sokongan kepadanya.

Madey PM4, PM7 dan PM7 1/2.... Siapa PM8 ??


EmoticonEmoticon