27 Februari, 2020

Kerajaan PH Johor tumbang, Umno-PPBM cukup majoriti bentuk kerajaan baru

PETALING JAYA: Istana Johor hari ini mengisytiharkan Umno dan PPBM Johor mewujudkan gabungan baru dan memperolehi bilangan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru.

Istana Johor membuat pengumuman itu selepas Sultan Ibrahim Ismail berpuas hati gabungan Umno-PPBM di Johor mempunyai majoriti cukup.

“Oleh yang demikian, gabungan parti baru berhak untuk memberikan cadangan nama calon menteri besar, sebelum susunan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru dilantik.

“Tuanku berharap agar pentadbiran kerajaan negeri segera dibentuk bagi memastikan pembangunan negeri berjalan lancar demi kemajuan dan kesejahteraan hidup semua rakyat,” katanya dalam kenyataan.


EmoticonEmoticon