29 Februari, 2020

Muhyiddin angkat sumpah PM baru esok


Muhyiddin Yassin bersama ahli keluarga dan saudara di rumahnya di Bukit Damansara, selepas Istana Negara melantik beliau sebagai perdana menteri ke-8.
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melantik Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen sebagai perdana menteri baru.

Pengumuman itu menamatkan kemelut politik yang berlaku selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada Isnin lalu.

Istana Negara dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan pelantikan Muhyiddin itu selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Setelah mendapat representasi daripada semua ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing serta ahli Dewan Rakyat bebas, pada hemat Seri Paduka Baginda, ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat ialah Mahiaddin Md Yasin (Muhyiddin), ahli Parlimen Pagoh.


“Proses seterusnya ialah istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri pada 1 Mac 2020 jam 10.30 pagi di Istana Negara.”

Agong berkata, proses pelantikan perdana menteri tidak boleh dilengahkan kerana Malaysia memerlukan sebuah kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

“Ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir.”

Sultan Abdullah mengucapkan terima kasih kepada rakyat dan semua pihak terbabit, khasnya agensi kerajaan, keselamatan dan pihak media.

Sementara itu, Muhyiddin bersyukur atas pelantikan sebagai perdana menteri ke-8 dan meminta rakyat menerima keputusan Agong.

“Dengan izin dan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Saya menjunjung kasih di atas perkenan Agong.


EmoticonEmoticon