03 Februari, 2020

Sajad kemungkinan dihukum mati jika ditangkap pihak berkuasa Arab Saudi

Di sebalik isu Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjat Kamaruz Zaman yang mengenakan telekung ketika menunaikan umrah dan bersolat di ruang wanita sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai kerana beranggapan dirinya mempermainkan agama, tentu ramai ingin tahu apa hukuman yang menanti jika tertangkap di Arab Saudi jika mengenakan pakaian wanita di negara tersebut?

Untuk makluman, sejak dahulu, kerajaan Arab Saudi sudah mengeluarkan larangan golongan transgender mengerjakan umrah mahupun haji. Undang-undang negara itu menetapkan, hanya lelaki dan perempuan sahaja dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam ke lima itu sejak dahulu lagi.

Carian mendapati, larangan ini pernah dikeluarkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamad bin Salman yang kini merupakan Raja Arab Saudi di akhbar The Ekspress Tribune pada February 2019 berikutan permintaan dari golongan komuniti transgender Pakistan yang mahu golongan transgender ini diberi peluang mengerjakan haji dan umrah. Dalam permintaan itu, golongan minoriti ini meminta agar mereka diberi peluang dan ditandakan X pada bab jantina namun permintaan itu tidak diendahkan sama sekali.

Namun apa yang lebih menakutkan, dua transgender Pakistan pernah diseksa dan menerima hukuman mati selepas tertangkap di Pakistan ketika mengerjakan umrah.

Keduanya dikurung dalam karung, dibelasah dengan tongkat dan diseksa dengan tongkat sehingga mati dan kes ini mendapat perhatian dari aktivis hak asasi manusia.

Dalam satu kejadian, selain dua orang mati diseksa 11 lagi transgender dikenakan hukuman denda sebanyak RM150,000 dan 22 orang lagi ditahan dalam penjara selepas ditangkap ketika berada di Arab Saudi.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Independent beberapa tahun lalu, aktivis Qamar Naseem dari kumpulan Blue Veins meminta penjelasan dari kerajaan Arab Saudi berikutan insiden ini.
Menurutnya lagi, isu ini menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada golongan transgender yang mahu menunaikan haji dan umrah malah mereka yang berada di Arab Saudi sendiri.

Dalam suaranya, Qamar Naseem berkata, golongan transgender tidak dilayan dengan adil oleh undang-undang jenayah di Arab Saudi dan ia bukan hanya melibatkan orang dari Pakistan sahaja tetapi dari seluruh dunia.

Untuk pengetahuan semua, pengamal homoseksual boleh dihukum mati dan mana-mana pembedahan perubahan fizikal adalah diharamkan di Arab Saudi.


EmoticonEmoticon