28 Februari, 2020

Tommy Thomas letak jawatan peguam negara

Peguam Negara, Tommy Thomas.

PETALING JAYA: Tommy Thomas meletak jawatan sebagai peguam negara, 3 bulan sebelum kontraknya berakhir.

“Dia menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad petang ini,” kata sumber di Pejabat Peguam Negara kepada FMT.

Berita itu berlaku di tengah-tengah spekulasi di mana Muhyiddin Yassin memperoleh majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baru, selepas 5 hari kekosongan kuasa di Putrajaya susulan tumbangnya Pakatan Harapan.

Thomas dilantik sebagai peguam negara susulan kemenangan PH pada pilihan raya umum ke-14.



EmoticonEmoticon