25 Februari, 2020

Tun Mahathir serlahkan niat sebenar


LANGKAH TUN YANG TIDAK TERJANGKA...
SIAPA SANGKA, SEKARANG SEMUANYA TERSERLAH...

SEGALANYA TERSERLAH..

1. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir lead PH kepada kemenangan, sampai bila2 kita anggap janji manis mereka satu yang realistik.

2. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir melantik Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, selagi itu ramai ingat dialah pakar ekonomi terbaik dunia.

3. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir acah anti Sultan, kita tak akan nampak betapa beraninya mereka menyanggah perlembagaan dan sistem Raja Berperlembagaan.

4. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir berjanji ingin memberi kuasa kepada Anwar Ibrahim, kita tak akan nampak betapa Anwar Ibrahim menjilat ludah sendiri, gelojoh dan tamak!

5. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir mendiamkan liberal bersuara, kita tak akan nampak betapa mereka yang sblm ini kononnya berfakta rupanya ramai yang cetek akademik.

6. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir meletakkan paksinya di dalam PKR, kita tak akan nampak kegilaan kuasa dalam parti tersebut.

7. Jika tidak Tun Dr. Mahathir masuk ke dalam PH dan membawa undi Melayu sekadar perlu, DAP takkan berani menendang PAS dan membantu menubuh serta memberi talian hayat kepada PAN.

8. Jika tidak Tun Dr. Mahathir memberi banyak jawatan menteri kepada DAP, kita tak akan tahu semua kerja mereka tidaklah hebat seperti kata-kata mereka sejak 20 tahun lalu.

9. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir membuka talian hayat kepada orang UMNO ke BERSATU, tidak kita nampak siapa orang UMNO yang opportunists.

10. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir membuka ruang dan peluang memperoleh kuasa, tidak akan tertubuhnya PAN dan PAS dapat membersihkan kepimpinannya yang gila kuasa.

11. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir merealisasikan kejatuhan BN/UMNO, maka pemimpin BN/UMNO selamanya makin tak sedar diri dan lari dari perjuangan politiknya sendiri serta pembersihan sukar dilakukan dalam skala besar. Parti BN/UMNO juga akan terus berada dikayangan krn menganggap parti mereka tidak akan kalah dlm PRU.

12. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir, agenda penyatuan ummah sukar untuk berlaku.

13. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir meletakkan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan, tidaklah kita sedar betapa perlunya kasut hitam berbanding putih.

14. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir membuka ruang kuasa Timbalan Menteri Pendidikan kepada DAP, tidak kita dapat lihat betapa kelam kabut mereka bila dapat kuasa dan cauvinis tanpa selindung.

15. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir meletakkan Kulasegaran sebagai Menteri Sumber Manusia, tidak kita tahu betapa incompetent beliau bila mendapat kuasa.

16. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir meletakkan boss Hindraf sebagai Menteri Perpaduan, tidaklah kita dapat lihat betapa porak perandanya perpaduan kaum diwaktu ini dibawah kepimpinan mereka.

17. Jika tidak Kerana Tun Dr. Mahathir Melindungi Dr Zakir Naik, mungkin kita tidak kenal mana satu Pemimpin Muslim yang Munafik Dan Kita tak tahu Pemimpin Kafir yang hanya acah2 membela Islam.

Mungkin anda benci Tun Dr. Mahathir tetapi anda tidak boleh menolak realiti bahawa beliau adalah punca kepada terbukanya hijab kepura-puraan dan kecetekan pemikiran serta kemampuan kepimpinan PH.

Mungkin anda pelik mengapa TGHH dan Tok Mat memberi sokongan kepada Mahathir to keep his throne till next PRU.

Ini adalah kerana hanya Tun Mahathir yang berani rival dengan DAP, cekap bertarung dengan taktik sesumpah Anwar dan satu-satunya individu didalam PH yang mempunyai capability memerintah negara.

Do you think Anwar can do so? He can't even control his own party!.

Lihat segalanya dengan mata kiri dan kanan dengan fikiran terbuka.

InsyaAllah dalam musibah ada rahmatnya.

Sentiasa berdoa semoga Allah SWT masih mengurniakan rahmat dan keberkatan kepada kita dan Allah SWT juga yang menggerakkan hati Tun Mahathir dalam melakukan segalanya.
Inilah PERANCANGAN dan TAKDIR ALLAH SWT jua.

He Got Weakness
He Got Strength
He Got Style
He's back..!!!

CNP


EmoticonEmoticon