17 Mac, 2020

Bukan 'lockdown', tapi apa yang anda perlu tahu tentang Perintah Kawalan Pergerakan?

Umum sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan langkah pencegahan penularan wabak koronavirus di Malaysia dengan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini.

Namun, sebagai rakyat Malaysia kita tidak perlu panik. Ini kerana langkah berkenaan diambil dengan tujuan mengelakkan penularan selepas angka kes jangkitan meningkat secara mendadak.

Apa yang perlu anda tahu tentang Perintah Kawalan Pergerakan ini?

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self-quarantine) selama 14 hari.

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Semoga kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini demi kesihatan seluruh rakyat Malaysia.

Yang penting, jangan lakukan pembelian panik tau.

1 comments so far

BERITA BAIK
Pertama saya ingin mengatakan jika anda takut untuk berjaya anda tidak akan berjaya walaupun peluang itu datang murah dan bebas, semuanya bermula pada malam yang dingin ketika tidur di internet untuk hanya letih sehingga saya dapat tidur setelah lama hari di bank yang cuba mendapatkan pinjaman dengan rumah saya dari bank HSBC di pekanbaru bagi mereka yang mungkin tahu bank ini, saya cuba dan selepas dokumentasi saya diberitahu untuk kembali dalam masa 30 hari yang bagi saya seperti selama-lamanya sehingga pada masa saya pemikiran tempat tidur mungkin baris tindakan yang saya jumpa dalam kisah tertentu bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dan pada kadar yang sangat rendah 2% dengan nama syarikat sebagai syarikat pinjaman Rossa Stanley saya bertanya-tanya apakah itu benar jadi saya probed lebih jauh dan datang di seberang seorang wanita bernama Nadia Sisworo yang memberi keterangan bagaimana dia mendapat pinjaman dengan butiran banknya semua dipaparkan supaya saya diemail dan kami bercakap, kami bercakap dan dia meminta saya menghubungi syarikat rossa ibu bahawa jika rumah saya benar dan identiti saya mungkin bernasib baik untuk mendapatkan pinjaman jadi saya menghantar e-mel kepada ibu Rossastanleyloancompany@gmail.com Whatsapp + 19145295708 tentang keadaan saya dan borang pinjaman telah diberikan saya diisi dan diserahkan untuk permintaan pinjaman $ 150,000.00 dan selebihnya kepada Kemuliaan Allah saya mendapat pinjaman dari syarikat ibu rossa jadi orang yang saya sayangi sekiranya anda mempunyai beban kewangan yang tulen atau ingin mengembangkan perniagaan anda tidak teragak-agak untuk bertemu dengan ibu rossa untuk mendapatkan bantuan saya yakin $ 150,000.00 sudah cukup untuk meninggalkan kemiskinan dan bahagia selamanya seperti saya jika anda masih meragukan yuran percuma untuk memanggil atau WhatsApp saya di +6282385590743 atau menulis saya di hadiemi64@gmail.com dan facebook di Hadi emi dan saya akan membuktikan kepada anda ibu adalah sebenar


EmoticonEmoticon