08 April, 2020

Penyanyi lagu Januari, Glenn Fredly, meninggal dunia

JAKARTA: Penyanyi Indonesia yang turut popular dalam kalangan pendengar Malaysia, Glenn Fredly, meninggal dunia pada hari ini, Rabu, 8 April 2020, pada jam 6 petang waktu tempatan,

Mendiang menghembuskan nafas terakhirnya pada di usianya yang ke-44 tahun.

Khabar duka itu dimaklumkan rakan rapat beliau yang juga penyanyi, Tompi.

Media Indonesia melaporkan Glenn meninggal dunia di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta, akibat meningitis.

Glenn berkahwin dengan bintang dangdut, Ayu Mutia tahun lalu dan baru menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, Februari lalu.

Glenn cukup popular di Malaysia pada era 90-an dan awal 2000 menerusi lagu Januari.


EmoticonEmoticon