28 Mei, 2020

Pelakon muda ditahan jalin hubungan dengan isteri orang

Polis telah menahan reman suspek bermula hari ini sehingga
Sabtu ini untuk siasatan lanjut. - Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pelakon selepas disyaki menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, pihaknya menahan suspek yang berusia 24 tahun di Taman Sering Ukay Ampang, Selangor, pada Selasa.

"Suami wanita itu berusia 38 tahun dan bekerja sebagai peniaga mendapati isterinya telah tiada dan kekuar rumah tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali, pada pukul 8 malam, Isnin lalu.

"Suaminya mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon yang banyak membintangi drama tempatan itu telah berhubung dan suspek cuba memperdaya serta memikat isterinya untuk mendapatkan sesuatu," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, polis telah menahan reman suspek bermula hari ini sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib," jelasnya.


EmoticonEmoticon