02 Februari, 2021

(Video) Peguam lakukan hubungan seks dengan klien ketika perbicaraan maya terlupa tutup kamera


Buenos Aires: Entah apa yang bermain di fikiran seorang peguam di Peru, Argentina ini apabila melakukan hubungan seks ketika perbicaraan secara maya.


Portal New York Post melaporkan peguam itu, Hector Cipriano Paredes Robles mengambil bahagian dalam perbicaraan maya membabitkan pendakwaan geng tempatan digeruni, Los Z de Chanchamayo ketika dia mengejutkan hakim dan penonton lain dengan berkelakuan lucah, menurut Todo Noticias.


Dalam insiden itu, peguam itu dilihat mencium wanita lain dalam keadaan tidak berpakaian, menyebabkan video itu menjadi tular di Twitter.


Hakim mahkamah itu, John Chachua Torres meminta prosiding maya itu ditangguhkan sementara berikutan tindakan Hector yang menghina mahkamah.


"Peguam ini tidak mempunyai rasa hormat dan tidak bermaruah," kata hakim.


Persatuan Peguam Junin juga menekankan pihaknya menolak tindakan memalukan itu dan meminta siasatan segera dilakukan mengenai masa depan badan kehakiman negara itu.


Tindakan memalukan peguam itu nyata mengundang padah apabila dia kini berdepan siasatan Kementerian Awam Peru dan juga persatuan peguam.


Kes itu antara salah satu skandal terbaru mengenai tingkah laku pegawai ketika sidang video.


Pada September lalu, Ahli Parlimen Argentina berstatus suami orang, Juan Emilio Ameri meletak jawatan selepas dikesan melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya ketika sesi kongres secara maya.

This Is The Newest Post